Sunday 24 January 2010

intro

Assalamualaikum wbt...








Salam sejahtera kepada sesiapa saja yg mengunjungi blog saya ini.Inilah kali pertama dalam hidup saya ada mempunyai blog sendiri itupun atas kesabaran anak sulung saya yg membuatkan laman blog untuk mamanya memandangkan saya terlalu banyak barang-barang yg saya kumpul.Nanti saya ceritakan bagaimana mulanya minat saya menggumpul pelbagai brg dan dimana saya memperolehi brg-brg tersebut.

Sebenarnya saya ni bukanlah orang senang.Terlalu byk kesusahan-kesusahan yg saya lalui.Tapi dgn rezeki yg telah diberi Allah saya dpt memiliki sedikit sebanyak brg-brg kesayangan.Saya anak sulung dalam tiga org bersaudara.(Seibu sebapa)Adik kedua perempuan menetap di Sarawak dan adik bongsu lelaki masih bujang.Emak dah meninggal dunia pada tahun 1988.Masa tu saya di dalam tingkatan 3.Saya berkhawin diusia 18 tahun dengan seorang mualaf.Dia seorang guru lepasan maktab .Ketika itu dia berusia 24 tahun.Sekarang sudah masuk tahun ke 18 usia perkhawinan kami.Alhamdulillah kami sangat bahagia dengan kehadiran 6 orang cahaya mata.4 perempuan dan 2 lelaki.Pada oktober 2007 kami sekeluarga datang ke England.Dan ketika saya menulis blog ini saya masih di sini.Insyaallah pada julai ini kami akan pulang ke tanah air yg sgt dirindui.

Bayak dah brg-brg yg dah dibungkus dan adakalanya dah tak ingat apa yg dah dibeli.Disebabkan rumah yg sempit tak dpt nak display sume.Kebanyakkan brg-brg tu sume dibeli dari carboot sale.Sape-sape yg pernah dtg ke sini memang tak asing lagi dgn carboot sale.Orang kat sini akan menjual pelbagai jenis brg-brg mereka dgn harga yg murah.(terpakai) kdg-kdg benda tu tak pernah guna lagi,misalnya masa Christmas mereka dpt byk hadiah tadi mereka dah ada brg tu so mereka juallah kat carboot sale.Sebenarnya konsep carboot sale ni ialah mereka nak clearkan brg-brg rumah yg memenuhkan ruang almaklumlah ruang rumah yg sempit.Mereka ni tak suka simpan brg-brg yg mereka tak nak guna tak macam kita kat Malaysia sume simpan ....sayang... kat benda tu kan.

Berbalik kita ke konsep carboot sale tadi,dari rumah mereka jadi semak dgn segala benda yg tah apa-apa dek mata mereka, mereka pergilah ke tapak gerai yg dah disediakan, pasang meja keluarkan brg jualan mereka dari kenderaan masing-masing tapi ada tu yg letak atas tikar je dan kdg-kdg ada yg lebih rugged letak atas rumput je.Kalau summer time bestlah cuaca cantik tak sejuk penjual punyalah ramai.Itu yg best byklah brg .

Pergi ke carboot sale ni jadi ketagih.Dah pergi sekali mesti nak gi lagi.Dlm seminggu nak dikatakan 5 hari pasti ada carboot sale tapi lain locationlah.Tapi saya tengok mereka skrg dah lari consep mereka jadikan satu pendapatan tetap dgn berniaga di carboot sale.Harga pun dah mahal dan dulu menurut kwn-kwn lama yg pernah dtg,brg-brg sgt murah.Location carboot sale lak ada yg jauh ada yg dekat.
.Macam saya, saya pergi 2 kali seminggu, kalau hari hari boleh papa kedana jadinya.sebenarnya tak terlayan dek nafsu kalau nak diikutkan.Saudara mara kwn-kwn yg dtg melawat kesini tdk ketinggalan membeli belah di tpk carboot.Ada yg cari pakaian ,kasut, handbag,pinggan mangkuk dan mcm-mcmlah tak dpt nak cerita .First time gi carboot saya punyalah excited sume benda beli ,pasu kaca beli, loceng beli, ntah ape-ape sume beli.Tiap ada carboot mesti pegi,masa tu minat nak kumpul itik kaca dan loceng,suami pun paham sgt apa saya minat dia pun sama bila npk saja itik atau loceng mesti beli.Benda tu tak mahal cume 1 pound atau 50 pje.Bila itik dan loceng dah byk saya rasa bosan dah.Bila kat umah tengok itik dan loceng yg disusun dah byk,rasa nak kumpul benda lain lak.

Saya nak kumpul model kereta kecil,model motosikal.dan model trackter JCB.Skrg saya ada berpuluh-puluh model kereta pelbagai jenis seperti bmw,mini cooper,ferrari,jaguar dan byklah lagi tak ingat sebab dah bungkus.Motosikal lak ada lebih dari seratus.berbagai jenis kalau baru harga satu dlm 5 pound.Tapi di carboot harga dlm 1 pound ke 50 p je.Trackter lak ada dlm puluh-puluhlah klu beli baru mhl juga dlm7 atau 8. pound satu.Benda benda ni memanglah org pompuan tak minak rasanya.,tapi saya suka pernah display dlm almari kwn-kwn kata cantik .Skrg dah bungkus,nanti bila saya dah bawa brg saya sume ke Malaysia saya masukkan gambar dlm blog ni.Insyaallah..

Disamping itu saya turun mengumpul tempat lada hitam(pusing dlm kayu)ada yg besar mcm Chef Wan pernah pakai mhl tu kalau baru 50 pound.cuba convert dlm duit ringgit malaysia.Saya beli cuma 3 pound.Walau secondhand tapi masih cantik menawan.Saya juga ada mengumpul setem.terlalu byk.Jika ada pengunjung blog saya yang juga pengumpul setem.,saya boleh beri.Saya juga ada mengumpul buku cerita kanak-kanak(english)dlm 20 kotak.Buku-buku tu masih baru dan memeng mahal harganya di Malaysia.Byk novel-novel thriller (5 kotak)kulit tebal .Saya ada rumah-rumah hiasan yg ada jam.brg-brg tembaga.pinggan mangkuk dari england.Coffee set berpuluh puluh .nanti saya masukkan gambar .Set pinggan mangkuk.Yg ni kebanyakkan saya beli baru.Saya pergi ke kilang pinggan-mangkuk di Stoke On Trend.Saya membeli set Port Meirion.Strawberry Disign.Royal Albert (old country roses)Set pinggan mangkuk Churchill.dan mcm -mcm lagi Nanti saya tunjukkan gambar.

Saya minta maaf pada semua pengunjung blog,bukanlah niat saya nak menunjuk atau bermegah dgn brg yg saya ada cuma nak berkongsi cerita dan berkawan saja Siapalah saya dan brg-brg ni sume pun hiasan dunia semata.Saya cume nak berkongsi cerita dan mencari kawan jika ada yang sudi.Lagi pun saya nak berkongsi apa yg saya ada ini untuk diceritakan pd pengunjung blog yg saya perolehi ini dari hasil titik peluh saya bekerja di bumi asing.Yg mana saya tak pernah bekerja di negara sendiri.Terlalu byk brg saya sampai tak ingat dah pe bendanya.

Ada mesen jahit Singer setakat ni lima biji.tea troley ada 7,sudu,senduk,cerek traditional,lampu-lampu meja,periuk dan kuali kebanyakkannya beli baru dari kedai.Byk hiasan -hiasan kaca bermotif buah-buahan.Saya juga ada membeli silver plate.Benda ni beli kat West Midland dekat Birmingham.Alah org letak lauk pengantin..Nanti di waktu yg lain saya tulis tentang kilang silver plate tu.Insyaallah dilain waktu saya ceritakan lagi apa-apa benda lain yg saya kumpul.Saya juga sudi berkongsi resepi.

Terima kasih kpd semua yang sudi mengunjungi blog yg tak seberapa ini .Kalau ada salah silap saya dgn rasa rendah diri memohon berbayak2 maaf.Doa saya agar anda semua dimurahkan rezeki.sihat sejahtera dan diberkati Allah Swt aminnn...assalamualaikum.
.
.

No comments:

Post a Comment