Monday 25 January 2010

Dresser dari England

Assalamualaikum...

slm sejahtera pada pengunjung blog ini,moga hari ini adalah hari yg terindah yg dilalui,apapun jua syukur alhamdulillah kita panjatkan pd tuhan maha esa Allah Taala atas segala nikmat kurniaanNya.Tika ni jam menunjukkan ke angka 2pm waktu Norwich.(Malaysia tambah 8 jam)maknanya dah pukul 10.30 mlm.Baru lepas mkn tgh hari.Lauk simple je sambal goreng kentang dan bilis serta telur mata kerbau.Di negeri org ni tang mkn ni memang lemah.Mana ada jelah...terasa rindu betul dgn ulam2 mcm petai.rindu pd pucuk ubi,rebung pekasam,btg keladi,kcg botor,tempoyak dan mcm2lah...

Ok hari ini saya nak cerita tang dresser.Saya tahu ramai dah kenal apa dia dresser dari England ni.Biasanya dresser ni ada tiga para.Kalau kat sini ada dresser dari kayu oak dan kayu pine.Sebelum dtg sini saya tak tahu langsung pasal dresser ke display cabinet ke.sedangkan kat Msia saya hanya ada satu almari dapur aje.Sebenarnya saya memang suka mengemas dan menghias umah.Tiap2 bulan mesti ubah kedudukan sofa,tv dan meja mkn.Kalau tak rasa jemu lak.Dresser yg saya ada adalah dari kayu oak warna gelap.Ada 4 biji lain2 patten.Semua tu saya beli dari umah org putih.Tiap2 pagi bila semua anak2 dak pergi sekolah dan suami dah ke universiti apalagi duduk depan laptop surf internet tengok ada 2 laman web kegemaran.

Laman web tu memaparkan brg perabut,harian dan mcm2 dari A ke Z.Brg2 ni org jual sebab mereka dah tak nak lagi.Mereka ni cepat muak dgn perabut.Bkn perabut je sumelah...nak dikatakan.Pakai tak lama jual...Agaknya mereka rasa benda2ni bukannya mahal sgt.Mcm contoh televisyen, klu kita kat Msia pkai tv tu bertahun2 klu rosak repair...rosak lagi repair.Sofa pun cam tu..sekali dah beli 10 thn tulah juga.Lainlah org kaya...Saya masih ingat masa bebaru khawin dulu beli tv sony 16 inci,sampai nak dtg sini selepas dpt 6 anak masih pakai tv sama.Walau umah org lain menggila pakai tv 29 inci.Bkn tak nak tapi tak mampu.Anak ramai suami kerja sorang...paham2 jelah.

Kita berbalik pada surf internet tadi,hari2 akan ada org jual mcm2 brg.Pd mulanya saya nak beli sofa.Bila tengok ada yg berkenan saya ambik no telipon org tu,saya call lah tanya masih ada ke lagi sofa tu,mintak alamat umah tawar harga sikit.Bila dah buat janji temu,suami pun dah bagi green light pergilah kutip.Tapi Toyota previa saya tu tak muat nak isi sofa tu.Jadi terpaksa contack org yg memang ada van menguruskan org pindah.Satu jam 25 pound dia punya upah drive.Biasanya saya cari brg2 org jual sekitar Norwich saja.Klu tak bisinglah cik abg sebab dia sebuk nak study bini lak ajak pi jejauh.

Sampai kat umah org tu,dah berkenan dgn sofa,terpandang lak kat dresser milik datuk kpd tuan umah.Mat saleh tu kata dia memang nak jual dresser tu.H arga 75 pound.Saya tawar dpt 50 pound.Itulah dresser pertama yg saya beli.Bila balik susun lak set pinggan atas dresser tu cantik sgtlah pulak.Bila kekawan melayu dtg umah mereka suma kata cantik,tya mana beli,berapa harga?Sebenarnya saya ni kira beruntung sebab suami rajin layan,pi kutip benda nak dibeli kat umah org.Dari situlah bermula saya minat dgn dresser english ni.Tu yg dah ada 4 tu dan satu corner unit kayu oak juga.Nanti saya masukkan gambar2nya.

Rasa nak beli lagi sebab cantik cantik belaka tapi dah tak de ruang nak simpan.Skrg ni cuba juga carikan utk kekawan.Mereka sebuk study tak de masa nak surf internet nak cari benda2ni.Tapi dah susah nak jumpa dah..klu ada pun dah mahal.Nasib baik saya dah mula beli sejak thn pertama kat sini.Dan lagi satu saya dapat 4 biji dresser dan 1 corner dresser tu murah2 pulak harganya.Alhamdulillah..Nampaknya smpai setakat ni utk hari ni.InsyaAllah jika panjang umur saya akan cerita pula pasal QUEEN ANNE.Slam mesra salam syg dari saya untuk sekelian pengunjung blog.andai ada salah dan silap maaf dipinta.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......bye.

No comments:

Post a Comment